Tidak perlu lagi siasat Najib isu derma RM 2.6 billion: Peguam Negara

mohd-apandi-ali-peguam-negara

KUALA LUMPUR, Ahad – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan untuk lagi perlu menyiasat Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM 2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri itu.

Beliau berkata, pengesahan Menteri Luar Arab Saudi,Adel al-Jubeir berkenaan derma itu sudah tidak diragui apabila Adel mengatakan sumbangan tersebut adalah tulen dan Arab Saudi tidak mengharap­kan apa-apa balasan.

Justeru katanya, semua pihak termasuk pakatan pembangkang mesti faham mengapa beliau memutuskan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Seri Najib.

“Alhamdullilah. Bagi saya isu ini sudah tamat, ada yang minta untuk dijalankan siasatan lanjut tetapi saya rasa tidak perlu. Ini kerana telah ada keterangan daripada pemberi dana, jadi apa lagi yang perlu disiasat,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel semalam mengesahkan sumbangan derma yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

Januari lalu, Apandi memutuskan bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berkaitan ketiga-tiga siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Berhad dan dakwaan dana RM2.6 bilion.

Katanya mengulas perkara itu, beliau bertindak berdasarkan fakta dan disebabkan itu beliau berani memutuskan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan Najib berhubung dana RM2.6 bilion itu.

“Bila saya berpandu kepada fakta maka saya buat keputusan de­ngan berani, saya berani kerana benar. Saya percaya kebenaran akan timbul walaupun ambil masa, saya biarkan orang bertalu-talu kecam saya sebab apa yang saya cakap benar,saya sudah kalis kecaman sebab saya berpegang pada fakta.

“Tiap malam saya tidur lena kerana percaya siapa yang kecam saya, pahalanya datang kepada saya, itu yang diajar agama Islam,”katanya.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?