Wanita ada kelebihan tersendiri, kata isteri Dr Zakir Naik
Gambar hiasan
Oleh Nur Shafiqah Mohamad Shamsul
SHAH ALAM, Isnin – Setiap wanita perlu lebih berani dalam menghadapi cabaran di dalam dunia yang serba moden ini, kata Farhat Naik isteri kepada penceramah Islam terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Beliau menasihatkan wanita supaya tidak tertekan dengan kehidupan, walaupun terpaksa bekerja dan pada masa sama perlu menguruskan rumah tangga.
“Meskipun kita terpaksa berdepan dalam keadaan, contohnya anak yang nakal, sebagai seorang ibu kita perlu mendidik mereka dengan sempurna dan yang paling penting berdoa kepada Allah SWT memohon hati anak menjadi lembut”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan daripada peserta berhubung langkah menangani anak yang degil pada forum bertajuk ‘Ideal Muslimah’, di dewan Karangkraf di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, setiap wanita ada kelebihannya sendiri dan mereka perlu mencarinya.
Menarik bila salah seorang penonton bertanya apakah umur yang sesuai untuk ibu bapa mengajar anak mereka menghafal al-Quran, Farhat Naik sambil tersenyum bertanya kembali kepada penonton dan rata-rata menjawab 7 tahun, malah ada juga yang menjawab ketika di dalam kandungan lagi.
Farhat berkata, sepatutnya wanita mendidik anak mereka apabila ingin memilih pasangan hidup.
Menasihatkan wanita memilih bakal teman hidup yang terbaik untuk ke syurga, beliau juga berkata, wanita boleh mengingkari suami jika perintahnya tidak membawa ke jalan syurga.
Forum berkenaan turut menampilkan anak Dr Zakir Naik, Rushda Naik.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan