Wanita Isma dekati remaja, bina jati diri muslimah
PETALING JAYA, 3 April – “Remaja adalah aset kepada masa depan ummah. Jadi, kami memilih untuk mendekati golongan remaja bagi memberi kesedaran dan membentuk jati diri sebagai seorang muslimah,” ujar Nor Adibah Rohiman selaku pengarah Aku Bidadari.
Seramai 67 orang pelajar daripada SMK Assunta, Petaling Jaya hadir dalam program berbentuk kem ibadah ini. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan rata-rata peserta memberikan respon yang amat positif.
Antara yang menarik adalah sesi perkongsian bersama bekas alumni yang kini merupakan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), perkongsian mengenai tajuk Say No to Zina oleh wakil i-Medik, pertunjukan fesyen muslimah dan juga sesi latihan dalam kumpulan.
“Walaupun tajuk-tajuk yang dibawakan kepada mereka bukan lagi asing, tetapi kaedah pendekatan yang kami lakukan diharapnya lebih dekat di hati remaja. Adalah menjadi harapan kami untuk melihat anak-anak gadis ini membesar menjadi seorang muslimah yang teguh jati dirinya di zaman yang yang penuh pancaroba ini,” tegas Nor Adibah lagi.
Pihak penganjur berasa terharu apabila ada peserta yang berkongsi tentang pengalaman gelapnya yang lalu dan kini sedang bermujahadah melawan jahiliyah itu. Semoga kekal dan istiqamah dalam mujahadah.
“Program seperti ini boleh diteruskan lagi di sekolah-sekolah lain selepas ini,” katanya lagi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan