GPMS sokong peminjam PTPTN disenarai dalam CCRIS

zamri-gpms1
BANGI, Ahad – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) secara dasarnya menyokong tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa, berkata tindakan itu dilihat sebagai jalan terakhir PTPTN dalam memastikan peminjam membayar semula pinjaman mereka secara teratur.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata, secara dasarnya, GPMS berpendapat tindakan itu adalah wajar dilaksanakan pada masa ini.

“Kami memahami keperluan pihak PTPTN untuk melaksanakan tindakan tegas kepada peminjam memandangkan PTPTN memerlukan dana pusingan untuk pelajar baharu.

“PTPTN telah mengurangkan jumlah pinjaman baharu sejak 2014 antara lima hingga 15 peratus,” katanya.

Oleh itu, Zambri berkata, GPMS berasa adalah tidak adil kepada mereka  yang terpaksa menanggung pengurangan berkenaan yang berpunca daripada sikap mementingkan diri peminjam lain.

Sebelum ini, PTPTN mengumumkan semua peminjamnya disenaraikan dalam CCRIS bagi memastikan mereka membayar balik pinjaman.

Berikutan tindakan itu, kira-kira 1.25 juta peminjam PTPTN yang rata-ratanya pelajar dan bekas pelajar Melayu bakal berdepan masalah untuk membuat apa saja pinjaman dengan pihak bank, termasuk untuk membeli rumah sebagaimana digalakkan oleh kerajaan.

Walaupun, CCRIS bukan sistem yang menyenarai hitam peminjam, kebiasaannya institusi kewangan tidak meluluskan permohonan baharu jika semakan mereka di dalam CCRIS mendapati individu berkenaan gagal menjelaskan bayaran apa-apa pinjaman terdahulu selama dua bulan.

CCRIS adalah sistem pangkalan data berkomputer yang mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang individu atau syarikat secara automatik dan dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Data di dalam CCRIS ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan atau mereka yang memohon pinjaman.

BERITA BERKAITAN

Peminjam PTPTN berdepan masalah, nama disenarai dalam CCRIS

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?