Kematian meningkat di Aleppo akibat serangan tentera regim Bashar Asad

Residents run from a fire at a gasoline and oil shop in Bustan Al-Qasr
ALEPPO, Selasa – Jumlah mangsa yang terkorban akibat pengeboman yang dilakukan oleh tentera regim Bashar Asad sejak 22 April lalu dilihat semakin meningkat.

Lebih 250 orang awam telah terkorban dan angka ini terus meningkat setiap hari manakala ribuan lagi terpaksa keluar menyelematkan diri.

Menara Masjid Umayyah yang dibina pada kurun ke-8 dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Unesco di Aleppo turut musnah teruk selepas terkena bedilan bom tentera. Ini kerana tentera pembebasan menjadikan kawasan itu sebagai markas dan kubu.

Menurut Pemantau Hak Asasi Syria (SOHR) pada 28 April lebih kurang 18 orang telah terkorban akibat serangan roket dan meriam ke arah kejiranan manakala 20 orang telah terkorban akibat serangan udara rejim di daerah menjadikan jumlah terkorban lebih kurang 38 orang.

Sementara itu, beberapa hashtag seperti #AleppoIsBurning dan #MakeFacebookRed telah dilancarkan oleh pengguna media sosial sebagai tanda bantahan serangan dilakukan ke atas rakyat yang tidak bersalah. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?