Masyarakat perlu bijak nilai isu dimain golongan liberal

lukman sheriff

Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim

BANGI, Selasa – Aktivis Media Sosial, Lukman Sheriff mengingatkan masyrakat untuk bijak menilai isu yang diangkat oleh pihak liberal sama ada selektif atau tidak dalam kebebasan bersuara yang mereka sering suarakan.

Katanya, pihak liberal gemar memutarbelitkan hak kebebasan bersuara dengan mengambil perkara dan isu yang menguntungkan mereka, tetapi berdiam diri untuk isu yang tidak memberi keuntungan.

“Jika difikirkan pernahkah kita mendukung prinsip kebebasan bersuara seperti liberalisme Barat? Tidak pernah, kita berpegang kepada kebebasan bersuara seperti kuliah ataupun yang mempunyai had, selain itu kita tidak membenarkan lagi kebebasan bersuara,” katanya.

Katanya, perlu dilihat agenda media liberal ini bahawa betapa selektifnya mereka dalam menggunakan kebebasan bersuara, terutama isu berkaitan Islam.

“Contohnya mereka menolak kedatangan Dr Zakir Naik di Malaysia dengan pelbagai alasan termasuk menuduh Dr Zakir terlibat dalam keganasan.

“Hakikatnya, Prof Dr Ramasamy yang turut menolak kedatangan Dr Zakir turut terlibat dalam aktiviti pengganas dan merupakan bekas ahli LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam Sri Lanka) yang merupakan satu kumpulan pengganas yang kejam,” katanya ketika menjadi panel dalam program Sudut Pandang 2 bertajuk ‘Kebebasan Bersuara, Realiti di Malaysia’.

Turut menjadi panel dalam program itu adalah Pengarang Ismaweb, Ustaz Mohd Firdaus Saleh Hudin dan bertindak sebagai moderator, Bekas Presiden PEMBINA, Ustaz Ibrahim M. Hassan yang berlangsung di Ibu Pejabat ISMA di sini, semalam.

Justeru katanya, adalah penting untuk umat Islam memahami maksud sebenar kebebasan bersuara supaya lebih mengetahui had kebebasan bersuara dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan daripada media liberal.

“Media liberal sering memberi kenyataan yang salah dan diputar belit supaya kita dilihat seolah-olah hipokrit dan kita mula merasakan diri kita hipokrit,” ujarnya.

Maka katanya, secara amnya pihak liberal ini mahu mengubah nilai budaya dan norma asal di negara ini ke atas landasan falsafah liberalise Barat yang ada pada mereka.

“Falsafah liberalise Barat ini mengatasi segala idea dan falsafah yang kita ada termasuk falsafah yang ada dalam perlembagaan di negara ini,” katanya.

Lukman berkata, falsafah liberalise Barat ini berpegang pada konsep selagi tidak berlaku keganasan atau kerosakan harta benda, selagi itu mereka mempunyai hak untuk menyampaikan pendapat dan suara mereka.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?