PRN Sarawak: Pengundian awal selesai jam 5 petang

PilihanRayaSarawak11

KUCHING, Selasa – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) selesai pukul 5 petang ini.

Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka yang mengundi di 79 pusat pengundian.

Sebanyak 33 pusat pengundian ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Setakat 4 petang, 71 peratus pengundi telah melaksanakan kewajipan masing-masing.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?