KATA PEDANG: Antara kemurtadan Sharifah sekeluarga dan bahasa ulasan kematian Haron Din

sha2

PAGI-PAGI lagi Pedang terperanjat apabila ada anak buah Pedang yang hantar screenshot tulisan seorang wanita Melayu di dalam laman Facebooknya beberapa hari lalu, yang mengaku telah murtad dan dengan bangganya menyatakan telah menganut agama lain.

Pedang cuba cari maklumat lanjut mengenai wanita ini. Rupa-rupanya kisah pengakuannya yang memeluk Kristian pernah disiarkan dalam sebuah akhbar arus perdana pertengahan tahun ini. Malah, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga sudah membuat aduan polis kerana mendakwa wanita itu menghina Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha, turut mengulas mengenainya yang menyerahkan kepada pihak berkuasa agama Islam negeri untuk mengambil tindakan.

Setakat itu saja lah. Fail aduan disimpan sahaja. Tiada tindakan lanjut boleh diambil. Undang-undang ada. Tetapi ianya sebagaimana dikatakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Ustaz Masridzi Sat, iaitu undang-undang syariah sedia ada gagal menyekat masalah murtad, pembuangan bayi dan meminum arak daripada terus berlaku.

Lagipun, khabarnya wanita itu – Sharifah Farlearton, suami dan anak-anaknya kini tinggal di Melbourne, Australia. Dalam Facebook Sharifah Farl, dia juga menggunakan nama (nickname) lain iaitu Lea Christian, Lea Khadijah Christian dan Lea Addilynn.

Menurut Sharifah, dia telah murtad sejak lebih setahun lalu. Laman Facebook dia pula diikuti oleh 15,108 pengguna lain.

Daripada maklumat terbaru yang dimuat naik oleh Sharifah Selasa lalu, dia menceritakan bagaimana selepas tiga bulan dia dan suaminya menganut Kristian, anak-anaknya juga turut serta iaitu pada 2015.

Banyak tulisan yang dimuat naik oleh Sharifah dalam Facebooknya. Dan banyak juga komen-komen diberikan. Pedang tak tahu lah sama ada pihak berkuasa pantau atau tidak tulisan dan komen yang disiarkan dalam Facebook itu kerana bagi Pedang ianya kelihatan ‘tidak sihat’.

Bagi Pedang, Sharifah adalah contoh di mana masalah orang Melayu murtad berlaku, diketahui berlaku, tetapi jarang didedahkan kepada umum atau jika adapun jumlahnya, maklumatnya adalah sulit.

Kenapa? Kerana kita takut untuk mendedahkan isu yang dianggap sensitif di dalam Islam di Malaysia iaitu murtad dan orang yang murtad itu pula masuk agama lain, apa lagi jika masuk Kristian.

Kita sembunyikan fakta-fakta mengenai kes murtad. Jarang pihak berkuasa agama Islam mahu membincangkannya secara terperinci mengenai jumlah orang Melayu yang murtad. Isu sensitif kata mereka. Yang lebih banyak menjadi bahan berita ialah isu ajaran sesat, tangkap tidak puasa, berpakaian mencolok mata, khalwat atau sumbang mahram.

Mungkin juga kerana pihak berkuasa agama Islam menganggap murtad adalah kes terpencil dan boleh ditangani. Mungkin juga berpendapat orang Melayu yang murtad tidak dapat berbuat apa-apa kerana di dalam kad pengenalan mereka tetap berstatus Islam.

Sebarang permohonan untuk menukar status agama Islam kepada agama lain dalam kad pengenalan hanya boleh dibuat dan diluluskan oleh Mahkamah Syariah dan setakat ini belum ada mana-mana Mahkamah Syariah yang membenarkannya.

Pedang lihat ada satu masalah kecil yang boleh menjadi besar dalam kes orang Melayu murtad peluk agama lain dan kemudian meninggal dunia. Dalam kad pengenalan kekal dia sebagai Islam, tetapi orang ramai di sekelilingnya sudah mengetahui bahawa dia sudah murtad dan menganut agama lain.

Bila buat laporan kematian, polis akan menyatakan dia adalah orang Islam, jadi perlu diurus untuk mendapat permit menguburkannya di tanah perkuburan Islam. Ini akan menimbulkan masalah, boleh jadi perebutan antara pihak berkuasa dan anak beranak si mati.

Kecualilah kalau dia tinggal di negara lain dan meninggal dunia di sana. Nak dikuburkan di mana atau nak dibakar pun tak dipedulikan.

Pedang percaya bukan setakat Sharifah, suami dan anak-anaknya sahaja yang sudah murtad, tetapi ada ramai lagi. Pedang rasa pihak berkuasa agama Islam mesti melancarkan ‘perang’ habis-habisan bermula daripada sumber mana dan apa yang boleh menyebabkan berlakunya murtad di kalangan umat Islam.

Bagi Sharifah pula, Pedang hanya boleh berdoa semoga Allah Taala memberi cahaya dan hidayah kepada anda sekeluarga supaya kembali kepada Islam.

Dalam pada itu Pedang sedikit terkilan kerana tulisan Sharifah mengenai kematian Datuk Dr Haron Din, tidak sepatutnya dibuat seperti di bawah. Allahyarham Haron Din jauh beza daripada tog guru yang meraba Sharifah. Walaupun, tidak menyebut nama Allahyarham, tetapi orang yang membaca faham siapa yang dimaksudkan.sharifah5

sharifah4

Kata Pedang: Pegawai agama jangan hanya duduk dalam bilik hawa dingin sahaja. Cuba-cubalah melangkah keluar, terutama pada waktu malam di pusat bandar utama di seluruh negara. Akan terjumpalah kita sumber yang boleh membawa kepada murtad.

kata-pedang-baru

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

The post KATA PEDANG: Antara kemurtadan Sharifah sekeluarga dan bahasa ulasan kematian Haron Din appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian