MB Kelantan bakal ambil alih jawatan Haron Din

Datuk-Ahmad-Yakob

BANGI, Sabtu – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob akan mengambil alih jawatan sebagai Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata, jawatan itu akan diambil alih oleh Ahmad buat masa ini berikutan beliau adalah Timbalan Mursyidul Am dan pimpinan kedua tertinggi dalam parti itu.

“Satu mesyuarat akan diadakan kemudian bagi mengumumkan pelantikan itu secara rasmi,” katanya.

Sependapat dengan perkara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Mahfodz berkata, Ahmad adalah calon yang sesuai untuk mengambil alih jawatan Haron Din.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menggantikan Presiden PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memegang jawatan MB selama lima penggal.

Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford di San Francisco, California pada pagi Jumaat selepas koma akibat komplikasi jantung.

The post MB Kelantan bakal ambil alih jawatan Haron Din appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?