BAJET 2017 (BR1M): Semua kategori dapat kenaikan
KUALA LUMPUR, Jumaat 20 Muharram 1438H – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2017 bahawa kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori.
Pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM1000 kepada RM1,200 kepada isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3,000.
Dalam pembentangan tersebut, Najib turut mengumumkan bagi isi rumah di bawah pendapatan RM3,001 sehingga RM4,000 akan menerima kenaikan BR1M daripada RM800 kepada RM900 mulai tahun depan.
Beliau berkata, bagi individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan, kadar bantuan BR1M ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450, manakala skim Khairat Kematian pula akan diteruskan dengan kadar sebanyak RM1,000.
Selain itu, penerima bantuan di bawah senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan dibawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,200.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah menyatakan tidak bersetuju dengan pemberian BRIM ini kerana ia dianggap kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Katanya, kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, bukannya dengan memberi BRIM.
The post BAJET 2017 (BR1M): Semua kategori dapat kenaikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan