KATA PEDANG: Paderi Katolik ibarat si rabun memimpin si buta

852110914_16388_12055990356001342720

TEPAT sekali tindakan PEMBELA membuat laporan polis terhadap Paderi Katolik, Paul Tan Chee Ing kerana mengeluarkan kenyataan menghasut dan menghina Islam berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Tak habis-habis mahu mencampuri urusan umat Islam. Cukuplah jika dia menjaga hal ehwal penganut Kristian, tak perlu sibuk-sibuk untuk bercakap mengenai syariah, Islamisasi atau apa sahaja berkaitan Islam. Sebabnya, ia tiada kaitan langsung dengan dia, seangkatan dengannya atau orang Kristian.

Paderi Paul menyentuh mengenai undang-undang syariah yang didakwanya mendiskriminasi orang bukan Islam. Syariah menurut paderi itu ialah visi totalitarian masyarakat yang membenarkan diskriminasi terhadap bukan Islam, mengamalkan ketidakadilan jantina, membenarkan perkahwinan di bawah umur dan mengamalkan kebencian terhadap bangsa Yahudi.

Eh, siapa dia untuk berbicara seperti itu? Atau, dia sememangnya tergolong dalam orang yang disebut dalam ayat pertama surah Al-Masad?

Nampakkan? Bila seseorang itu cuba bercakap mengenai undang-undang yang sememangnya tidak mempunyai kaitan dengan peribadi dirinya mahupun pegangan agamanya, habis jadi hentam kromo.

Ya! Hak anda untuk berbicara, hak anda untuk bebas bersuara, tetapi ingat, jangan guna kebebasan bersuara itu untuk campur dalam urusan agama orang lain, terutama Islam yang menjadi agama Persekutuan. Walhal selama ini, umat Islam tidak pun campur tangan dalam apa jua urusan orang bukan Islam.

Dalam situasi ini, Pedang lihat, campur tangan orang kafir dalam usaha umat Islam hendak memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah supaya undang-undang dan hukum Allah tertegak di bumi Islam ini, menjadi bukti bahawa Islam kini semakin terancam.

Sudah berulang kali kali Ahli Parlimen PAS, NGO, ilmuan Islam menegaskan bahawa pindaan Akta Mahkamah Syariah ini hanya termaktub untuk umat Islam, hukuman-hukuman yang dipinda kelak tidak membabitkan orang kafir. Pindaan diusulkan kerana mahu menaiktaraf kerana sudah berdekad hukuman mengikut Akta Mahkamah Syariah itu tidak berubah. Jadi, apa yang orang kafir, terutama Kristian takutkan?

Lebih kesal, bukan sahaja Paul, tetapi ramai lagi puak-puak Kristian ini yang turut lantang membantah RUU 355. Sama juga dengan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi RUU ini.

Apapun, umat Islam di negara ini tidak perlu takut. Siapa mereka untuk kita menyembah dan meminta perkenan untuk memperkukuhkan undang-undang dan hukum Islam. Jadi, teruskan niat untuk memartabatkan Islam di bumi bertuah ini.

Akhir sekali, Pedang mengajak umat Islam di bumi Melayu ini mempertahankan agama yang dibawa baginda Rasulullah SAW ini, biarpun dengan nyawa sendiri.

Kata Pedang: Jika ada penguatkuasaan dan hukuman tegas sudah pasti mulut puak-puak Kristian ini akan senyap. Tidaklah mereka ini menjadi si rabun memimpin si buta – diri sendiri belum terurus, hendak mengurus orang lain pula.

kata-pedang-baru

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

The post KATA PEDANG: Paderi Katolik ibarat si rabun memimpin si buta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?