10 pemimpin, aktivis Baju Kuning, Baju Merah dibebas
KUALA LUMPUR, 21 Safar 1438H, Isnin – Lapan anggota jawatankuasa dan aktivis Bersih 5.0 serta dua aktivis kumpulan Baju Merah yang ditahan Jumaat lalu berhubung perhimpunan haram kelmarin, dibebaskan semalam.
Mereka ialah anggota jawatankuasa Bersih, Mandeep Singh Karpall Singh; ahli parti rasis dan cauvinis DAP, Ronnie Liu Tian Khiew; ahli DAP, Wong Chee Wai @Jimmy Wong dan ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam.
Selain itu, turut dibebaskan aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali; Anis Syafiqah Md Yusof, Lee Khai Meng; dan Safwan Anang@Talib.
Dua aktivis Baju Merah yang dibebaskan pula ialah Hairol Nizam Md Nor dan Razali Zakaria.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan pembebasan mereka, namun enggan mengulas lanjut.
“Mereka yang ditahan pada 18 November (Jumaat) telah dibebaskan, kecuali Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah masih belum dibebaskan,” katanya.
Seramai 20 pemimpin dan aktivis ditahan dalam tempoh dua hari sejak Jumaat lalu berhubung perhimpunan haram Bersih 5 dan Baju Merah yang berlangsung di ibu kota, kelmarin.
Mereka yang masih ditahan ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu Tian Chua; Pemimpin Baju Kuning, Hishammuddin Rais; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; aktivis Fahmi Reza dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How.
Selain itu, masih ditahan adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang juga Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos; Ahli Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan pemimpin Baju Merah, Ariffin Abu Bakar@Ipin Keramat. – Bernama
The post 10 pemimpin, aktivis Baju Kuning, Baju Merah dibebas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan