100 hilang bot pelarian karam di Laut Mediterranean

مهاجرون اثناء انقاذهم في البحر المتوسط يوم 20 أكتوبر تشرين الأول 2016. صورة لرويترز تستخدم في الاغراض التحريرية فقط

ROM, 16 Safar 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 100 pelarian dari Libya dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas, apabila bot kecil dinaiki karam di Laut Mediterranean, semalam, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jugend Rettet.

Dua puluh tiga pelarian yang menaiki bot sama diselamatkan sebuah kapal tangki. Gerakan mencari oleh anak kapal tangki itu turut menjumpai beberapa mayat pelarian.

Empat mayat sudah dipindahkan dari kapal tangki ke sebuah bot penyelamat yang dikendalikan sebuah lagi NGO, SOS Mediterranee.

Pelarian yang terselamat memberitahu pasukan pencari bahawa bot kecil yang dinaiki mula karam jam 6 pagi, empat jam sebelum kapal tangki tiba.

“Seramai 122 orang menaiki bot itu. Tiada kanak-kanak di bawah usia 15 tahun, tetapi terdapat 10 wanita dan hanya seorang yang selamat,” katanya.

Tragedi terbaru di Laut Mediterranean berlaku sehari selepas sebuah bot kecil karam, menyebabkan berpuluh-puluh pelarian lemas. Hanya 15 daripadanya yang selamat. – Agensi

The post 100 hilang bot pelarian karam di Laut Mediterranean appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?