125 Muslim Rohingya dihalang masuk Bangladesh

190489b4-6c6c-4dee-87fb-47ba0e587a4f

BANGLADESH, 20 Safar 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya 125 etnik Muslim Rohingya yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dihalang dari memasuki wilayah Bangladesh.

Pegawai pengawal pantai tempatan, Nafiur Rahman berkata, pihak berkuasa wilayah itu menghalang bot yang membawa pelarian Rohingya tersebut ketika cubaan memasuki negara ekoran penganiayaan oleh rejim Myanmar.

“Mereka termasuk 61 wanita dan 36 kanak-kanak. Kami menghalang mereka daripada memasuki wilayah kita,” katanya.

Susulan itu katanya, Bangladesh telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan di sepanjang sempadan wilayah berkenaan bagi mengelak daripada kemasukan pelarian Rohingya ke negara itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), etnik Rohingya merupakan salah satu minoriti yang paling teruk ditindas di dunia.- Agensi.

The post 125 Muslim Rohingya dihalang masuk Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?