3,679 penduduk Kelantan disekat ke luar negara gagal jelas cukai

lhdn

KOTA BHARU, 27 Safar 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya 3,679 individu di Kelantan dikenakan perintah sekatan perjalanan ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM 55 juta.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Manap Dim berkata, jumlah itu termasuk 643 pembayar cukai dengan tunggakan RM 11 juta yang dikenakan tindakan itu dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Katanya, tindakan itu diambil ke atas semua pihak tanpa mengira status.

“Tindakan kita meliputi semua peringkat termasuk artis-artis yang hendak ke luar negara walaupun kerana hendak menyambut hari jadi.

“Ini adalah sebahagian inisiatif kita untuk memastikan pembayar cukai yang masih mempunyai tunggakan menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita ingin memastikan pematuhan daripada serendah-rendahnya tunggakan hingga jumlah yang besar,” katanya pada pelancaran OPS Mesra Hasil di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan hari ini.

The post 3,679 penduduk Kelantan disekat ke luar negara gagal jelas cukai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?