4 wakil UiTM tempat ketiga debat pelaburan antarabangsa di Argentina

uitm-melayu

KUALA LUMPUR, 8 Safar 1438H, Selasa – Empat graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Pelaburan Langsung Asing (FDI) Timbangtara Antarabangsa yang diadakan di Buenos Aires, Argentina.

Pasukan ini diketuai oleh Amiza Murad bersama tiga lagi rakan sepasukan, Fathan Alfian, Izzudin Zahidi dan Iffah Yahya melepasi ke pusingan akhir dunia sebelum dinobatkan sebagai pemenang gangsa dalam pertandingan berkenaan.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga pusingan serantau bagi negara-negara di Asia Pasifik, Asia Selatan dan Afrika sebagai pusingan kelayakan ke pusingan akhir.

Pada Ogos lalu, pasukan UiTM turut muncul juara Asia Pasifik dengan menewaskan 19 pasukan lain dalam persaingan serantau yang diadakan di Seoul, Korea Selatan.

Pertandingan di Seoul pula, diketuai oleh Elena Cho dan bersama Amiza , Fathan, Izzudin serta Zhafir Rahmat.

Di Seoul, pasukan itu turut menerima anugerah Penuntut Ringkas Terbaik dan pasukan Lisan Terbaik berdasarkan penghujahan bertulis mereka, manakala Izzudin pula memenangi anugerah Oralis Terbaik.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Hassan Said berkata, pembabitan pelajar dalam pertandingan itu dapat memberi pendedahan secara tidak langsung mengenai persekitaran mahkamah yang sebenar.

Amiza berkata, forum yang dicipta bukan sahaja untuk mencari bakat baharu, tetapi memberi perkembangan baharu dalam bidang yang dibincangkan.

“Kami diberi pendedahan bagaimana untuk membantu peguam mendapatkan pemahaman mengenai isu-isu yang timbul daripada tanggunjawab di antara negeri-negeri dan pelabur asing.

“Kini, UiTM merupakan salah satu daripada sekolah undang-undang tertinggi di dunia dan kami bangga menjadi pelajarnya,” katanya.

The post 4 wakil UiTM tempat ketiga debat pelaburan antarabangsa di Argentina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?