62 parti politik berdaftar, aktif sehingga Oktober: KDN
BANGI, 23 Safar 1438H, Rabu – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan 62 parti politik yang aktif beroperasi di negara ini dan terdapat 21 lagi permohonan baru dibuat.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Zahid Hamidi berkata, ia adalah bilangan parti-parti politik berdaftar yang aktif di bawah Akta Pertubuhan 1966 setakat 25 Oktober lepas.
“Sehingga 25 Oktober 2016, bilangan parti-parti politik berdaftar dan aktif di bawah Akta Pertubuhan 1966 berjumlah 62,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut (DAP) Lim Lip Eng, di Dewan Rakyat.
Lim bertanya kepada Menteri Dalam Negeri mengenai bilangan parti-parti politik yang aktif dan tidak aktif di Malaysia, termasuk menamakan pengerusi serta presiden masing-masing.
Malah, dia turut bertanya mengenai bilangan permohanan baharu yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
“Setakat ini, terdapat 21 permohonan baharu yang masih diproses oleh RoS,” kata menteri dalam jawapan bertulis itu.
The post 62 parti politik berdaftar, aktif sehingga Oktober: KDN appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan