79,000 pelarian tinggalkan Mosul sejak sebulan lalu

red-iraq

Kanak-kanak menjadi mangsa perang di Mosul.

MOSUL, 19 Safar 1438H, Sabtu – Pertubuhan Palang Merah Iraq melaporkan jumlah penduduk yang menjadi pelarian dari Mosul mencecah 79,000 orang, sejak operasi tentera besar-besaran dijalankan di kawasan dikuasai IS, 17 Oktober lalu.

Laporan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan jumlah yang menjadi pelarian sejak sebulan lalu mencapai 79,192 orang.

Kebanyakan penduduk itu yang berasal dari Hassan Sham dan Khazer kini tinggal di kem pelarian di Erbil, Zilkan di Dohuk, dan kem Jada’a di Al-Qayarah di Nineveh.

“Pertubuhan Palang Merah menyediakan pelbagai bahan makanan kepada pelarian itu. Kira-kira 12,000 kotak makanan disediakan,” kata pasukan itu.

Pasukan itu juga menyediakan bekalan bantuan kepada lebih 6,000 penduduk lagi yang masih tinggal di Hamam Al-Aleel di selatan Mosul dan di Al-Intisar di timur.

Dalam tempoh 24 jam lalu, kira-kira 1,500 orang awam melarikan diri dari timur dan utara Mosul, berikutan pertempuran sengit tentera Iraq dan IS. – Agensi

The post 79,000 pelarian tinggalkan Mosul sejak sebulan lalu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?