Abang Allahyarham Haron Din meninggal

ishakdin

BANGI, 14 Safar 1438H, Isnin – Abang Allahyarham Datuk Dr Haron Din – Ishak Din – meninggal dunia di Institut Jantung Negara, sebentar tadi.

Kenyataan sedih itu dimuat naik dalam laman Facebook rasmi ‘Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Official)’ sebentar tadi.

TGHD iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi. Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah Mencucuri rahmat dan Mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi.”

16 September lalu, Haron meninggal dunia ketika menjalani rawatan akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm, Livermore, California

The post Abang Allahyarham Haron Din meninggal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?