Air pasang besar: Jumlah mangsa di Selangor kekal

airpasang

SHAH ALAM, 15 Safar 1438H, Selasa – Jumlah mangsa akibat fenomena air pasang besar yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di Selangor masih kekal 237 mangsa, sejak malam tadi sehingga 8.30 pagi ini.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 123 mangsa daripada 44 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar manakala 114 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang.

Beliau berkata selain itu, ban Tebuk Mendeling dan Sungai Air Tawar di Sabak Bernam yang telah dibaiki semalam, pecah semula ketika air pasang bagaimanapun kawasan penempatan tidak terjejas dan masih berada dalam keadaan selamat.

“Keadaan terkawal di kawasan tersebut susulan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) telah mengepam air banjir keluar dari kawasan penempatan penduduk,” katanya.

Fenomena air laut pasang besar dilaporkan berlaku selama lima hari bermula semalam di beberapa pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air dijangka mencecah sehingga 5.6 meter.

Dua daerah iaitu Klang dan Sabak Bernam dikategorikan sebagai zon merah atau kawasan berisiko tinggi dilanda banjir manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang sebagai zon kuning, kawasan berisiko sederhana. – Bernama

The post Air pasang besar: Jumlah mangsa di Selangor kekal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?