Air pasang: Hanya penduduk Klang terjejas di Selangor

41476547513_persediaanbanjir

SHAH ALAM, 14 Safar 1438H, Isnin – Fenomena air pasang besar di Selangor setakat ini hanya membabitkan penduduk di sekitar daerah Klang dengan 144 orang dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir setakat jam 8 pagi tadi. 

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, 117 mangsa membabitkan 43 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar manakala 27 mangsa membabitkan empat keluarga di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang.

“Sehingga kini, fenomena air pasang besar yang melanda setinggi 5.5 meter di kawasan pesisir pantai di Selangor hanya menyebabkan penduduk di sekitar Klang dipindahkan. Pusat pemindahan di daerah lain seperti di Sabak Bernam belum lagi dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Fenomena air laut pasang besar dilaporkan berlaku selama lima hari bermula hari ini di beberapa kawasan pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air dijangka mencecah sehingga 5.6 meter.

Dua daerah iaitu Klang dan Sabak Bernam dikategorikan sebagai zon merah atau kawasan berisiko tinggi dilanda banjir manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang sebagai zon kuning, kawasan berisiko sederhana.

Sementara itu, Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, penduduk di kawasan Batu 5, Kapar berada dalam keadaan selamat dan terkawal berikutan air laut melimpah dengan kadar minimum.

Ban yang pecah di kawasan Batu 5, Kapar ekoran air pasang sebelum ini menyebabkan lebih 10 rumah dinaiki air. – Bernama

 

The post Air pasang: Hanya penduduk Klang terjejas di Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?