Aktivis Isma dan isteri terlibat kemalangan, terpaksa batal tunai umrah

852113081_5678_17975310328389841583

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 27 Safar 1438H, Ahad – Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang sepatutnya berangkat ke tanah suci esok, terpaksa membatalkan hasratnya selepas terlibat kemalangan jalan raya hari ini.

Anas Aminin Wan Izzuddin, 29, dan isteri Siti Nur Syamimi Mohamad Asaad, 28, terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas menghadiri jemputan kenduri di Kuala Terengganu.

Dalam kejadian di kilometer 316 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) itu, kenderaan jenis Volkswagen Polo yang dipandu Nur Syamimi dipercayai gagal dikawal ketika melalui jalan berlopak sebelum merempuh penghadang jalan.

Kemalangan jam 8.45 pagi itu menyebabkan Nur Syamimi mengalami patah di pergelangan tangan kanan, tulang pinggul dan tulang rusuk kiri, sementara Anas hanya cedera ringan.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan serius, sementara isteri masih lagi menerima rawatan di Hospital Kemaman,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Beliau dan isteri yang bertugas sebagai doktor di Hospital Jerantut sepatutnya berangkat ke tanah suci esok bagi mengerjakan ibadah umrah.

“Selepas kenduri di Kuala Terengganu, kami terus ke Kuala Lumpur kerana akan ke umrah esok. Tetapi terpaksalah batalkan hajat itu, kerana keadaan isteri yang masih dirawat, dan kejadian baru sahaja berlaku,” katanya.

The post Aktivis Isma dan isteri terlibat kemalangan, terpaksa batal tunai umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?