Algeria haram ‘painkiller’ dibuat di Israel
ALGIERS, 17 Safar 1438H, Khamis – Kementerian Kesihatan Algeria mengharamkan penjualan ubat penahan sakit yang boleh membawa maut, yang dihasilkan sebuah syarikat farmasi di Israel, lapor akhbar Annahar, hari ini.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, arahan telah dikeluarkan supaya jualan ubat penahan sakit paracetamol yang dikeluarkan di Israel mesti dihentikan.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa ubat berkenaan boleh membawa maut.
Berikutan itu, pihak hospital dan pengarah kesihatan diarah memastikan semua farmasi dan mereka yang terbabit dalam membekal ubat-ubatan, tidak lagi menjual atau mengedar ubat berkenaan. – Agensi
The post Algeria haram ‘painkiller’ dibuat di Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan