Anggota polis dipenjara selepas tembak mati lelaki kerana secawan teh

riote

KAHERAH, 17 Safar 1438H, Khamis – Mahkamah Mesir hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, terhadap seorang anggota polis yang membunuh seorang lelaki, hanya kerana harga secawan teh – hukuman yang kata aktivis kemanusiaan, jarang berlaku terhadap keganasan polis di negara itu.

Dakwaan bahawa polis melakukan keganasan sejak beberapa tahun lalu menimbulkan kemarahan awam, sehingga mencetuskan bantahan dan pertempuran, lima tahun selepas pemberontakan di mana anggota polis menjadi sasaran utama rasa tidak puas hati rakyat Mesir.

Anggota polis yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup itu menembak tiga individu di pinggir bandar Kaherah selepas berlaku pertengkaran berhubung harga secawan teh, membunuh seorang daripadanya, dan menyebabkan rusuhan berlaku.

Bagaimanapun, anggota polis terbabit boleh merayu hukuman itu. Hukuman penjara seumur hidup di Mesir biasanya hanya bagi tempoh 25 tahun.

Keganasan polis berleluasa di Mesir, namun Kementerian Dalam Negeri mengatakan ianya adalah kes terpencil yang disiasat.

Februari lalu, polis menembak mati seorang pemandu selepas pertengkaran mengenai tambang yang dikenakan, menyebabkan ratusan penduduk mengadakan bantahan di luar ibu pejabat polis di Kaherah. – Agensi

The post Anggota polis dipenjara selepas tembak mati lelaki kerana secawan teh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?