Angka kematian nahas kereta api tergelincir meningkat 119, 150 cedera
UTTAR PRADESH (INDIA), 21 Safar 1438H, Isnin – Jumlah kematian akibat kereta api ekspres di utara Uttar Pradesh, India, tergelincir semalam, meningkat kepada 119 orang, manakala 150 cedera, namun pihak berkuasa menjangka angka itu akan meningkat.
Pasukan penyelamat masih mencari penumpang yang dilaporkan hilang, selepas 14 gerabak kereta api ekspres Patna-Indore yang penuh sesak, tergelincir ketika dalam perjalanan di antara bandar timur Patna dan pusat bandar Indore, jam 3 pagi semalam.
Ketua Polis Uttar Pradesh, Daljit Singh Chawdhary berkata, nahas itu adalah kemalangan terbesar pernah berlaku dan menjangkakan angka kematian akan terus meningkat.
Pihak berkuasa masih mencari penumpang yang hilang, selain menyiasat punca kereta api itu tergelincir daripada landasan di Pukhrayan, 65 kilometer dari bandar Kanpur.
Penumpang yang terselamat bertungkus lumus bersama pasukan pencari mengesan keluarga mereka yang masih hilang. Sesetengahnya cuba memasuki gerabak yang rosak, kata pegawai kereta api, Pratap Rai. – Agensi
The post Angka kematian nahas kereta api tergelincir meningkat 119, 150 cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan