ASEAN tidak rancang adakan mesyuarat bincangkan Rohingya
JAKARTA, 26 Safar 1438H, Sabtu – Indonesia tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan mesyuarat tergempar di kalangan negara-negara anggota ASEAN berikutan kenyataan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengatakan bahawa Myanmar sedang melakukan “pembersihan etnik” Rohingya di wilayahnya.
Duta Besar Indonesia di ASEAN, Rahmat Pramono berkata, kenyataan yang menggelar situasi di Myanmar sebagai pembersihan etnik tidak berapa tepat, kerana beliau mendakwa sebahagian besarnya tidak mengambil kira cabaran yang kerajaan Myanmar hadapi.
Kenyataan yang dikeluarkan dari Pegawai Agensi Pelarian PBB, John McKissick memberitahu BBC bahawa tentera Myanmar telah membunuh orang, menembak mereka, menyembelih anak-anak, merogol wanita, membakar dan menjarah rumah, memaksa orang-orang ini untuk menyeberangi sungai ke Bangladesh.
Ketika ditanya sama ada terdapat rancangan untuk ASEAN untuk mengadakan tindak balas kepada kenyataan PBB itu, Jurucakap Kementerian Luar, Arrmanatha Nasir hanya berkata “tidak” dan beliau langsung tidak mempersoalkan komen Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Sementara itu, pakar-pakar berkata, ASEAN akan terus mencari jalan secara tidak rasmi untuk menangani keadaan di Rakhine.
“Kita perlu akui bahawa dari segi hak asasi manusia, ASEAN adalah tak bertulang,” kata Evi Fitriani, seorang Pakar Kanan Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Indonesia (UI).
Namun begitu, beliau berkata, masih ada bantuan kemanusiaan dari ASEAN untuk bertindak atas insiden baru-baru ini di Rakhine.
“Kita tidak boleh mengutuk Myanmar seperti wakil UNHCR di Bangladesh, yang lebih cenderung menggunakan pendekatan Anglo-Saxon.
“Ia sesuatu yang tidak berfungsi dan ia tidak membantu. Kami tidak memalukan negara lain, itu tidak produktif,” katanya.
Sebaliknya, beliau menggesa pihak berkepentingan ASEAN untuk mengambil pendekatan yang lebih peribadi dalam mengendalikan perkara itu. – Agensi
The post ASEAN tidak rancang adakan mesyuarat bincangkan Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan