Bank Negara beri amaran urus niaga ringgit dalam pasaran NDF

bank-negara

KUALA LUMPUR, 19 Safar 1438H, Sabtu – Dalam keadaan ringgit dijangka terus jatuh minggu hadapan, Bank Negara (BNM) memberi peringatan mereka tidak akan bertolak-ansur lagi dengan urus niaga ringgit dalam pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) dan pengaruhnya, ke atas penetapan harga mata wang tempatan dalam negara.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim, berkata aktiviti dalam pasaran luar pesisir, terutama pasaran NDF ringgit telah membawa kesan kepada pasaran dalam negara.

“Kesan daripada ketidaktentuan pasaran NDF jelas dalam pasaran dalam negara, dan beberapa peniaga pertukaran asing (FX) dalam pasaran domestik didapati melihat ke arah pasaran NDF untuk memberi petunjuk dalam menentukan pembukaan harga pasaran bagi ringgit.

“Kesan daripada perilaku ini adalah kita secara tidak sengaja mengimport ketidaktentuan NDF ke dalam pasaran dalam negara,” katanya berucap pada majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pasaran Kewangan di sini, semalam.

Pasaran luar pesisir, yang didorong oleh minat spekulatif, kekurangan pelbagai spektrum peserta pasaran dan maklumat pasaran dalam negara.

Muhammad berkata, bank-bank dalam negara telah diingatkan mengenai menyebut harga pembukaan rujukan ringgit dalam negara berbanding harga luar pesisir.

Pasaran tidak seharusnya menetapkan harga ringgit secara berlebihan atau tidak sejajar dengan asas sokongan.

“Kami turut mengingatkan bank-bank dalam negara untuk mengelak berurus niaga dalam FX dengan bank-bank bukan pemastautin yang disyaki terlibat dalam aktiviti spekulasi NDF kecuali yang memberi pengesahan bahawa mereka tidak terlibat dalam pasaran NDF ringgit luar pesisir.

“Minggu ini menyaksikan banyak rungutan berhubung langkah ini. Tiada dasar baharu mengenai aliran modal. Tiada proksi kawalan modal juga. Malah, akaun semasa Malaysia bebas dengan pergerakan bebas aliran masuk dan aliran keluar modal untuk pelaburan,” katanya.

Mengenai masa depan, beliau menjangka Jawatankuasa Pasaran Kewangan, yang ditubuhkan awal tahun ini untuk merangka dan mencadangkan strategi bagi membawa pembangunan pasaran kewangan ke hadapan, akan bekerjasama dengan industri untuk mengemukakan strategi dan idea baharu bagi menyokong pembangunan pasaran dalam negara Malaysia. – Bernama

The post Bank Negara beri amaran urus niaga ringgit dalam pasaran NDF appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?