Bantahan anti–Trump berlanjutan di bandar AS

Election Protests Washington

SAN FRANCISCO, 14 Safar 1438H, Isnin – Sambil melaungkan “Trump bukan presiden saya” dan “Trump suka kebencian”, ribuan penunjuk perasaan masih membanjiri jalan raya di seluruh Amerika Syarikat bagi membantah pemilihan Donald Trump sebagai presiden.

Bantahan yang dilakukan sejak Selasa lalu menyaksikan penduduk tempatan dan pendatang di negara itu benar-benar menolak Trump  sebagai presiden mereka apabila menyifatkan Trump mengancam kebebasan sivil dan hak asasi manusia.

“Kami hanya menunjukkan bahawa ini akan berterusan dalam tempoh empat tahun akan datang. Ia adalah penentangan empat tahun,” Kaila Philo, seorang pelajar berusia 21 tahun.

Selain itu, imigran dari Afrika berkata, ramai rakyat sudah tertindas.

“Saya telah melihat ramai yang tertindas di negara ini, dan saya ingin berjuang untuk menjaga kepentingan bersama,” katanya.

“Kami takut negara ini sudah memilih individu yang prejudis terhadap wanita, bersifat perkauman yang tidak layak langsung, berdasarkan landasan kebencian,” kata pesara bank dari New York, Florin-McBride, 62.

Demonstrasi ini dijangka akan berlanjutan sehingga ke beberapa tempat seperti San Francisco, St. Louis, Philadelphia, Denver, Detroit dan Minneapolis.

Setakat ini, lebih 8,000 dianggarkan menyertai kempen itu untuk mengecam tindakan Trump dalam menyekat pendatang dan pendaftaran ke atas pendatang Muslim serta dakwaan pelakuan seksual terhadap wanita. – Agensi

The post Bantahan anti–Trump berlanjutan di bandar AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?