Bayar saman AES RM150

aes1

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1438H, Rabu – Saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan RM150, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, keputusan itu diluluskan oleh Kabinet ketika mesyuarat baru-baru ini.

Beliau turut menyangkal khabar angin bahawa kerajaan akan menyelesaikan kira-kira 1.6 juta saman yang dikeluarkan ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju di bawah AES apabila ia mula diperkenalkan pada 2012.

“Mereka perlu membayar tetapi RM150 mulai sekarang dendanya ialah RM150,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, mereka yang gagal membayar denda akan disenaraihitam dan tidak dibenar untuk memperbaharui lesen memandu.

Liow berkata pada masa ini sebanyak 40 kamera AES dipasang di Lembah Klang dan Perak.

The post Bayar saman AES RM150 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?