Bayaran haji tahun depan kekal RM9,980
KUALA NERUS, 28 Safar 1438H, Isnin – Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun depan pada kadar RM9,980 bagi setiap jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kadar itu dikekalkan walaupun kos mengerjakan haji telah meningkat kepada RM19,550.
Sehubungan itu, beliau berkata, subsidi haji yang akan ditanggung TH bagi setiap jemaah meningkat kepada RM9,570.
“Secara keseluruhannya, jumlah subsidi yang bakal ditanggung oleh TH pada tahun hadapan adalah melebihi RM200 juta,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Muzakarah Haji peringkat kebangsaan ke-33 di sini, hari ini.
The post Bayaran haji tahun depan kekal RM9,980 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan