Bayi lahir bawah pemerintahan IS berdepan ketiadaan kerakyatan

Farah, 2, (kiri) dan Maha, 8 bulan, yang lahir di bawah pemerintahan IS di Mosul dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang diiktiraf pihak berkuasa Iraq, kini berlindung di kem pelarian Debaga, Iraq. - Gambar Reuters

Farah, 2, (kiri) dan Maha, 8 bulan, yang lahir di bawah pemerintahan IS di Mosul dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang diiktiraf pihak berkuasa Iraq, kini berlindung di kem pelarian Debaga, Iraq. – Gambar Reuters

MOSUL (IRAQ), 16 Safar 1438H, Rabu – Ali dan Sara, dilahirkan di bawah pemerintahan IS di utara Iraq, dibawa lari dan kini berlindung di sebuah kem pelarian, hanya untuk berdepan cabaran baharu – tanpa dokumen pengenalan – mereka menyertai generasi kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Selepas menawan sebahagian besar Iraq dan negara jiran Syria pada 2014, IS melaksanakan undang-undang yang ketat mengikut tafsiran mereka dan mula mewujudkan rangka kerja asas kenegaraan, seperti mengenakan cukai dan peraturan.

Bagaimanapun, projek berkenaan terbantut berikutan kempen ketenteraan untuk menghapuskan militan, tanpa menjangkakan akibat terhadap orang awam yang melarikan diri daripada cengkaman IS.

Kelahiran di kawasan yang dikawal IS didaftarkan dengan pihak berkuasa yang tidak diiktiraf di luar kawasan itu, atau dalam lain perkataan, ianya tidak didaftarkan langsung.

Ia adalah tambahan kepada apa yang berlaku terhadap ratusan atau mungkin ribuan kanak-kanak di bawah usia dua tahun di seluruh Timur Tengah yang tiada kerakyatan atau sebagai warganegara mana-mana negara.

Kanak-kanak tanpa negara berdepan risiko tidak memperoleh pendidikan dan khidmat kesihatan, selain masalah mendapatkan pekerjaan apabila dewasa, dan terdedah kepada penderaan serta pemerdagangan manusia.

Perang saudara di Syria yang sudah berlanjutan selama lima tahun, yang menyebabkan 10 juta nyawa terkorban, juga menjadi ancaman kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar kawasan dikawal kerajaan atau di kem pelarian di luar sempadannya.

Sara, baru dilahirkan tatkala militan Islam menceroboh Iraq pada 2014. Adiknya, Ali, lahir dua tahun kemudian, sehari sebelum keluarga mereka melarikan diri dari kampung di selatan Mosul – kubu kuat terakhir IS – ke kem Debaga.

Bapa mereka, Mohamed, berkata dia tidak mendaftar kelahiran kedua-duanya dengan IS.

“Jika kamu membawa kanak-kanak kepada mereka, mereka akan memberikan sijil kelahiran atas nama negara mereka,” katanya.

Sesetengah keluarga mendaftar bayi mereka dengan IS, yang mengeluarkan sijil kelahiran berlogokan hitam putih iaitu logo IS.

Pegawai kerajaan yang berurusan dengan kewarganegaraan, Mahdi Waili, berkata keluarga yang mana anak mereka tidak mempunyai sijil kelahiran perlu ke pejabatn Kementerian Kesihatan, bagi menguruskan pendaftaran.

Bagaimanapun, selepas lebih sebulan beberapa kawasan di utara Iraq ditawan semula daripada IS, pihak berkuasa kerajaan tempatan masih belum dapat beroperasi.

Sesetengah keluarga pula berkata, mereka mendapatkan dokumen daripada IS untuk anak mereka, tetapi mengoyakkannya apabila tentera Iraq mula ‘menghalau’ militan, kerana bimbang akan dilihat sebagai bekerjasama dan menyokong kumpulan itu.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), bagaimanapun mahu pihak berkuasa Iraq mengeluarkan sijil kelahiran kepada kanak-kanak yang dilahirkan di wilayah dikawal IS.

Pengurus Kem Pelarian Debaga, Ahmed Abdo berkata, kakitangannya bekerjasama dengan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sweden dan kerajaan Iraq berusaha mengatasi masalah itu, selain UNHCR menyediakan khidmat guaman bagi menyelesaikan 175 kes. – Agensi

Iman Salman Mahmoud, 20, yang melarikan diri daripada keganasan militan IS, mencium bayinya Aisha Qais Mahmoud, yang dilahirkan di bawah pemerintahan IS, tidak memilik kad pengenalan diri yang diiktiraf kerajaan Iraq. - Gambar Reuters

Iman Salman Mahmoud, 20, yang melarikan diri daripada keganasan militan IS, mencium bayinya Aisha Qais Mahmoud, yang dilahirkan di bawah pemerintahan IS, tidak memilik kad pengenalan diri yang diiktiraf kerajaan Iraq. – Gambar Reuters

The post Bayi lahir bawah pemerintahan IS berdepan ketiadaan kerakyatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?