Bayi lima hari diculik dari hospital Tanah Merah
TANAH MERAH, 16 Safar 1438H, Rabu – Seorang bayi perempuan berusia lima hari dilarikan satu pasangan suami isteri dari Hospital Tanah Merah, malam tadi.
Kejadian disedari kira-kira jam 9 malam selepas bapa bayi berkenaan, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, mahu melihat anaknya yang lahir Khamis lalu.
Katanya, apabila sampai di wad, dia mendapati isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, menangis mengadu bayi bongsu daripada dua beradik itu hilang.
“Saya bertemu pihak hospital untuk mendapatkan kepastian dan jururawat memaklumkan bayi tersebut dibawa keluar dari wad pada pukul 6.47 petang.
“Jururawat memaklumkan seorang lelaki telah membawa keluar anak saya dari hospital. Saya kemudian membuat laporan polis,” katanya
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata hasil pemeriksaan mereka mendapati bayi berkenaan dibawa ke Selising, Pasir Puteh dan berada di bawah jagaan sepasang suami isteri.
“Hasil bantuan polis Pasir Puteh, kita berjaya menyelamatkan bayi berkenaan dan menahan pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.
“Kes culik berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh satu jam dan bayi dalam keadaan selamat. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.
The post Bayi lima hari diculik dari hospital Tanah Merah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan