BBQ didik peserta cinta Al-Quran
oleh Syazira Hanis Subri
KUALA LUMPUR, 30 Nov – Seramai 38 orang peserta berumur 6 hingga 12 tahun telah menyertai program Bengkel Bestari Quran (BBQ) anjuran Kelab NAZIM Kuala Lumpur yang telah diadakan selama dua hari di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam baru-baru ini.
Objektif program BBQ adalah untuk mendidik adik-adik ini untuk menghafal Al-Quran dengan tertib melalui teknik gundal dan mewujudkan interaksi yang baik dalam suasana yang soleh.
“Adik-adik, kalau kita nak dekat dengan Allah, nak jadi orang yang baik, adik-adik kena rajin membaca Al-Quran. Kena tahu nama-nama Surah dalam Al-Quran,” kata Imam Muda Aran, jemputan untuk Slot Ceria.
Beliau sempat mengingatkan adik-adik ini tentang keperluan untuk menjaga lima perkara penting iaitu sentiasa membaca Al-Quran, qiyamullail, beristighfar, berkawan dengan orang-orang soleh dan mengurangkan makan untuk menguatkan daya ingatan hafalan Al-Quran.
Rata-rata ibu bapa telah memberi maklumbalas yang positif terhadap program BBQ ini yang julung kalinya diadakan di Masjid Jamek Al-Khadijiah dan bersedia untuk memberikan sokongan terhadap program-program Nazim akan datang.
“Saya mengharapkan agar semua peserta BBQ dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sepanjang program. Terus lah menghafaz Al-Quran dan jadilah Mumtaz untuk Ummah!, ujar ”Kamariah Kamaludin, Pengarah Program BBQ.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan