Bekas CEO GLC antara tiga direman terima rasuah hampir RM40 juta
PUTRAJAYA, 15 Safar 1438H, Selasa – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dua lelaki direman tujuh hari untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dan menerima wang suapan lebih RM39.9 juta.
Perintah tahanan reman ke atas ketiga-tiga suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Suspek berstatus Datuk berusia 50 tahun itu didakwa menyerahkan projek bernilai hampir RM50 juta kepada syarikat berkepentingan dan mengambil wang suapan sebagai balasan.
Kegiatan itu berlarutan selama lima tahun sehak 2010 sehingga suspek meletakkan jawatan.
Susulan itu, dua lagi lelaki masing-masing berusia 35 dan 61 tahun itu merupakan bekas Pengarah Urusan dan Pengarah GLC turut sama ditahan di Ibu Pejabat SPRM.
The post Bekas CEO GLC antara tiga direman terima rasuah hampir RM40 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan