Benarkan pelarian Rohingya bekerja ganti pekerja asing
BANGI, 18 Safar 1438H, Jumaat – Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menggesa kerajaan untuk membenarkan pelarian Rohingya bekerja bagi menggantikan pekerja asing dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
Beliau berkata, pelarian Rohingya perlu diberi pekerjaan sementara menunggu penempatan semula ke negara lain selain dapat menangani isu kemanusiaan dan keperluan tenaga kerja asing, lapor sebuah portal liberal hari ini..
Katanya, pengendalian pelarian di Malaysia disifatkan sebagai tidak memuaskan kerana segala kos perlu ditanggung oleh kerajaan dan rakyat.
“Kerajaan disarankan untuk menyuruh mereka yang sudah berada di sini untuk bekerja di ladang atau pusat baikpulih di samping memberi pendidikan asas,” katanya.
Menerusi Asean dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia mampu mengatasi masalah itu dan kos yang diperlukan lebih murah berbanding membawa masuk pekerja asing.
Berikutan jumlah pelarian yang semakin meningkat, Putrajaya wajar mengambil pendekatan serampang dua mata supaya pelarian tidak perlu bekerja secara haram dan memberi masalah kepada kerajaan.
“Pelarian lari ke sini kerana tiada pilihan lain. Mereka tidak ada tempat berlindung dan tidak selamat di negara sendiri,” kata Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar, Zafar Ahmad Abdul Ghani.
The post Benarkan pelarian Rohingya bekerja ganti pekerja asing appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan