Berita kematian Tun M palsu
BANGI, 15 Safar 1438H, Selasa – Berita kematian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilapor sebuah portal media antarabangsa disahkan tidak benar.
Artikel palsu itu disiarkan dari laman web http://ift.tt/2fSxz7j pada Ahad lalu, bertajuk ‘Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad meninggal dunia pada usia 91 tahun’.
Artikel berkenaan mendakwa Dr Mahathir meninggal dunia awal pagi semalam sementara menunggu untuk menerima rawatan di Jerman.
Malah, ia turut mendakwa kononnya berita kematian tersebut telah disahkan sendiri oleh isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kepada wartawannya.
Halaman portal berkenaan bagaimanapun dilihat masih baru ekoran mendapati hanya terdapat beberapa artikel sahaja.
The post Berita kematian Tun M palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan