Bersih 5: Zuraida pula ditahan

 

PERHIMPUNAN BERSIH 5

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1438H, Ahad – Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ditahan dipercayai berhubung perhimpunan haram yang berlangsung di ibu kota, semalam. 

Perkembangan terbaru itu menjadikan seramai 20 pemimpin dan aktivis ditahan bermula Jumaat sehingga semalam berhubung perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan Ketua Wanita PKR itu, namun beliau tidak mendedahkan lokasi dan masa Zuraida ditahan.

Beliau berkata, Zuraida ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rusuhan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, 19 pemimpin dan aktivitis daripada kedua-dua kumpulan itu termasuk Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk tiga lagi penahanan membabitkan peserta perhimpunan kerana kesalahan menggunakan dron semasa perhimpunan itu, memiliki senjata parang dan buku lima selain mendatangkan kecederaan kepada peserta lain. – Bernama

The post Bersih 5: Zuraida pula ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?