“Bro, boleh ke kamu terlibat penjualan arak walau kamu tak minum?”
BIASA kita melihat pekerja Melayu Islam menjaga kaunter di pusat beli belah yang turut menjual arak. Biarpun tidak meminumnya, tetapi Islam telah menetapkan garis panduan bahawa jika kita terlibat sedikit pun dengan arak, maka hukumnya tetap haram.
Berikut adalah perkongsian pengalaman peribadi oleh seorang pendakwah Cina Muslim, Saudara Firdaus Wong Wai Hung yang perlu dijadikan panduan buat mereka yang masih bekerja dengan syarikat jual beli arak, meskipun tidak meminum arak.
[Kita Rasa Kita Tahu Tetapi Tak Faham Lagi Rupanya]
Banyak perkara yang kita rasa kita tahu tetapi rupa-rupanya kita masih tak faham. Pada tahun 2007, saya bekerja untuk sebuah majalah berbahasa Cina sebagai Advertising Sales Executive. Waktu itu saya dah Muslim.
Pelanggan saya ketika itu seperti Hotlink, Digi, Cres Wellness, Pensonic, Jack’s Daniel, Johnny Walker & Hennessy. Ya pelanggan saya terdiri daripada syarikat arak dan merekalah pelanggan terbesar saya.
Suatu hari, sahabat sekerja saya yang telah kami berkenalan sejak sekolah rendah iaitu Alex Sue bertanya kepada saya,
‘Eh bro. Kamu boleh terlibat dalam penjualan iklan arak meh? Bukan dalam Islam kamu tak boleh terlibat ke?’
Saya menjawab; ‘Eh, kenapa tak boleh pula? Saya bukannya minum pun. Customer semua respect saya sebagai Muslim dan bila mereka nampak saya hadir event mereka, mereka akan offer air oren atau Coke. Rasanya takde masalah.’
Dia menyambung; ‘You check betul-betul la. Saya tanya aje mana tahu tak boleh. Kamu Muslim nak cari rezeki untuk anak dan isteri mana boleh duit haram.’ Saya menjawab; ‘InshaAllah halal punya.’
Walaupun saya menjawab tiada masalah tetapi saya kurang pasti. Jawapan saya yang menggunakan rasanya menandakan saya kurang pasti. Saya menemui seorang imam masjid setelah selesai solat dan jawapannya haram. Walaupun saya tidak minum tetapi syarikat arak itu mempromosi arak mereka jadi mana boleh kita terlibat dalam mempromosi benda yang haram. Ustaz yang kedua dan ketiga juga kata haram tetapi mereka sepakat kata,
‘Islam tak menyusahkan kita. Firdaus ada isteri dan anak perlu ditanggung jadi Firdaus cari kerja lain dulu dan jangan berhenti. Usaha mencari kerja perlu. Lepas dah dapat kerja yang halal barulah berhenti.’
Keesokan harinya saya tidak sabar-sabar memberitahu bos saya bahawa saya nak berhenti tetapi minta ihsan iaitu saya akan berhenti hanya setelah mendapat kerja. Dia tanya kenapa? Gaji tak cukup ke? Saya naikkan gaji kamu la. Dalam hati saya berkata; bertuah punya bos. Aku minta naik gaji lama dah tak dapat sekali aku kata nak cari kerja lain dia nak naikkan gaji aku. Ini cubaan ni.
Saya jawab, bukan isu gaji tetapi isu agama. Agama saya tak membenarkan saya terlibat dengan arak walaupun tak minum. Bos beritahu, tak mengapa, semua pelanggan arak tu saya bagi orang lain handle dan awak handle pelanggan lain.
Saya jawab; ‘Tetapi dalam majalah masih ada iklan arak betul? Maka secara tidak langsung saya masih lagi terlibat atau bersubahat. Akhirnya bos saya akur dan bersetuju untuk benarkan saya berhenti setelah saya mendapat kerja.
Kadang-kala, Allah hadirkan mereka yang belum Muslim untuk mengajar kita mengenai agama kita sendiri. Dan dalam kes saya, Allah SWT hantarkan seorang sahabat lama saya untuk ingatkan saya tentang halal dan haram.
Saya berjaya mencari kerja kurang daripada sebulan selepas itu dengan tawaran gaji asas yang lebih tinggi. Itulah janji Allah SWT, setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. Kita yakin atau tidak sahaja dengan janji Allah SWT.
Saya doakan agar sahabat saya Alex Sue yang pada suatu masa amat dekat dengan Islam sehingga beliau menanggalkan segala tangkal yang ada padanya kerana sudah tidak percayakan padanya lagi akan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen..
*Di atas adalah gambar saya bersama Mika Hakkinen pada tahun 2007 ketika promosi Formula 1 bersama Johhny Walker di Aloha Club, KL. Masa tu masih slim sikit…
Firdaus Wong Wai Hung
Presiden Multiracial Reverted Muslims
Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Firdaus Wong.
The post “Bro, boleh ke kamu terlibat penjualan arak walau kamu tak minum?” appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan