Culik bayi sebab murung selepas keguguran

culik-bayi

TANAH MERAH, 17 Safar 1438H, Khamis – Sepasang suami isteri yang ditahan polis kerana menculik bayi berusia lima hari di sebuah hospital di Kelantan, dipercayai kerana kemurungan selepas wanita berkenaan keguguran Jun lalu.

Kejadian berlaku apabila pasangan itu berpura-pura menjadi waris kepada bayi perempuan tersebut dengan tujuan memperdaya jururawat di dalam wad bersalin Hospital Tanah Merah untuk prosedur membawa bayi itu keluar.

Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian isteri suspek berlegar-legar di dalam wad dengan memakai pakaian khas untuk wanita mengandung dan berpura-pura seolah-olah dia baru lepas melahirkan anak.

Kedua-dua suspek memberitahu kepada jururawat bahawa bayi itu merupakan anak mereka dan menamakannya sebagai Nur Amyra Sofea Mohd Ihtisyamuddin dan membayar RM20.50 sebagai caj keluar daripada hospital.

Kejadian disedari bapa sebenarnya, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, yang tiba di wad itu pada pukul 9 pagi untuk melawat anaknya.

Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, menangis sambil memberitahu anak mereka telah hilang.

Selepas laporan polis, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Suzaimi Mohamad membentuk pasukan khas untuk memburu suspek.

“Selepas beberapa jam, kami berjaya mengesan kedua-dua suspek bersama bayi itu di Alor Hijau Bukit Tanah, Selising, dekat Pasir Puteh,” katanya.

The post Culik bayi sebab murung selepas keguguran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?