DAP Pulau Pinang sembunyi status ekonomi, digesa berhenti bohong rakyat

komtar

KUALA LUMPUR, 15 Safar 1438H, Selasa – Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa untuk berhenti dalam pembohongan politik dan propaganda untuk menyembunyikan keadaan ekonomi di negeri itu.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata demikian kerana Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng gagal memberikan jawapan terhadap 12 soalan dikemukakan mengenai prestasi ekonomi Pulau Pinang sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Katanya, 12 soalan itu termasuk peratusan pertumbuhan terkumpul keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita negeri Pulau Pinang.

“Antara soalan yang saya ajukan adalah pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri kasar (KDNK) Pulau Pinang bagi tempoh 2008 hingga 2015 dan andaian saya adalah 4.05 peratus dan dalam tempoh lapan tahun DAP mentadbir negeri itu ia menurun sehingga 6.57 peratus.

“Selain itu saya turut mempersoalkan dan percaya KDNK negeri tersebut pada dua tahun terakhir berada di bawah Barisan Nasional (BN) 2006 dan 2007 adalah lebih baik daripada dua tahun lalu (2014 dan 2015),” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Teck Meng yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, perbelanjaan mengurus Pulau Pinang juga didakwa meningkat pada 2013 hingga 2015 sehingga empat kali ganda iaitu RM832 juta dan RM746 juta, berbanding pada 2008 hanya RM283 juta.

Manakala sumber hasil pendapatan Pulau Pinang juga didakwa diperoleh menerusi penjualan tanah negeri yang terhad dan aset negeri yang besar antaranya jualan 49 peratus saham di Pulau Jerejak pada minggu lalu.

“Guan Eng juga sering memberitahu bahawa kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang sebanyak 95 peratus atau RM655 juta didakwa sebenarnya Kerajaan Persekutuan mengambil alih aset air negeri itu untuk tempoh 45 tahun.

“Selain itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga didakwa menduduki kedudukan paling rendah berbanding Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

The post DAP Pulau Pinang sembunyi status ekonomi, digesa berhenti bohong rakyat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?