DBKL bakal perkenal polisi 50 peratus, bendung masalah lambakan peniaga asing di KL

kl-3

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Safar 1438H, Isnin – Dalam membendung masalah warga asing menguasai perniagaan di ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memperkenalkan polisi 50 peratus yang perlu dipatuhi oleh setiap peniaga asing, sekiranya ingin terus berniaga di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff, polisi itu menetapkan sekurang-kurangnya 50 peratus pemilikan syarikat oleh warga tempatan, bagi operasi premis perniagaan melibatkan warga asing di ibu negara, berkuatkuasa tahun depan.

Beliau berkata, syarat baharu berkenaan turut meliputi khidmat pekerja yang digunakan, di mana pemilik perniagaan perlu menggunakan sekurang-kurangnya 50 peratus khidmat pekerja warga tempatan.

“Notis pekeliling berkuatkuasa sebulan, bertarikh 1 Nov 2016 telah diberikan kepada peniaga premis sekitar Kuala Lumpur.

“Sekiranya mereka gagal memenuhi syarat yang ditetapkan, DBKL berhak  menarik balik lesen perniagaan yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu peniaga asing di Kuala Lumpur pada pembentangan Bajet DBKL 2017 oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, di sini hari ini.

Ibrahim berkata, beliau berharap dengan syarat-syarat yang telah diperketatkan oleh DBKL kepada peniaga asing, masalah lambakan peniaga asing dan lesen ‘Ali Baba’ dapat dibendung.

Katanya, di samping memperketatkan syarat permohonan lesen premis perniagaan, pihak DBKL turut membekukan pengeluaran lesen peniaga asing di beberapa lokasi antaranya Jalan Silang, Bukit Bintang dan Pusat Bandar Utara.

Malah, operasi pemantauan akan giat dijalankan dalam usaha membendung peniaga asing yang tiada lesen beroperasi di sekitar Kuala Lumpur.

Terdahulu Mhd Amin telah mengumumkan sebanyak RM2.871 bilion diperuntuk dalam Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2017 bagi menyediakan perkhidmatan perbandaran dan tadbir urus demi kesejahteraan kira kira 1.76 juta warga kota. – Bernama

The post DBKL bakal perkenal polisi 50 peratus, bendung masalah lambakan peniaga asing di KL appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?