Demo anti-Ahok: Lima aktivis HMI serang polis ditangkap
JAKARTA, 8 Safar 1438H, Selasa – Lima aktivis Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) telah ditangkap kerana menyerang pihak polis dalam demonstrasi anti-Ahok, 4 November yang lalu.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Awi Setiyono berkata, Setiausaha Pengurus Besar HMI, Ami Jaya Halim dan tiga anggota HMI antara yang ditangkap.
Kelima-limanya itu, menurut Awi, melakukan penyerangan terhadap petugas polis sewaktu demonstrasi menuntut Gabenor DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama dipenjarakan.
“Mereka menyerang petugas yang sedang menenangkan keadaan,” katanya.
Demonstrasi yang dihadiri puluhan ribu orang di bawah pimpinan Front Pembela Islam, pada awalnya berjalan dengan baik.
Namun, setibanya lewat petang, demonstrasi itu berubah menjadi kucar-kacir.
Penunjuk perasaan yang berdiri di hadapan istana bertindak melempar batu, menyerang polis dengan tongkat kayu, dan susulan itu pihak polis membalasnya dengan tembakan gas air mata dan semburan air. – Agensi
The post Demo anti-Ahok: Lima aktivis HMI serang polis ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan