Demonstrasi tolak PAS di Shah Alam 20 orang, netizen FB memihak PAS 54,800
BANGI, 12 Safar 1438H, Sabtu – Demonstrasi kecil dilaporkan dihadiri kira-kira 20 penyokong pakatan harapan di tempat di mana konvensyen blok pembangkang itu berlangsung di Shah Alam, hari ini, bergema dengan suara menolak PAS.
Namun, di sebalik suara-suara itu, netizen laman sosial Facebook menerusi satu undian yang dijalankan Jom Stream secara live, menunjukkan PAS menerima lebih banyak sokongan ‘like’ berbanding parti lain.
Dalam undian yang ditutup jam 3 petang tadi, penganjur menjemput netizen untuk menyatakan parti mana yang menjadi pilihan mereka dengan menekan ‘like’. Parti yang disenaraikan ialah PAS, PKR, UMNO, DAP, Bersatu dan PAN.
Pada akhir undian sokongan ‘like’ kepada PAS mencecah lebih 54,862, diikuti Bersatu (16,356); DAP (4,691); PKR (2,940); UMNO (2,331) dan PAN (1,697).
Bagaimanapun, undian yang dijalankan itu bukan menunjukkan prestasi sebenar parti yang disenaraikan dan tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.
Semalam, laman Facebook Jom Stream secara live turut mengajak netizen mengundi memilih sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengguna Facebook memilih Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi di Malaysia, berbanding Perdana Menteri sekarang.
Dalam undian yang ditutup malam tadi, Tun Dr Mahathir mencatat undian lebih 597,493, manakala Najib hanya kira-kira 20,319 undi sahaja.
The post Demonstrasi tolak PAS di Shah Alam 20 orang, netizen FB memihak PAS 54,800 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan