Dua lelaki didakwa pergi ke Syria sertai Daesh

buruh-mengaku-tak-bersalah-beri-suapan-kepada-polis

KANGAR, 28 Safar 1438H, Isnin – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan memasuki Syria bagi melakukan aktiviti keganasan Daesh tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Ridwan Mohd Musa, 29, dan pembantu jurukimpal, Zulfadhli Jafri, 24, masing-masing didakwa secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba ke Syria melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, pada 23 Oktober lalu.

Kedua mereka didakwa menaiki kereta api di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar dan ke Turki dengan menaiki penerbangan Gulf Air, sebelum ditahan serta diusir pulang pihak berkuasa negara berkenaan pada 28 Oktober.

Hakim menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes yang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohd Ridwan dan Zulfadhli didakwa mengikut Seksyen Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta denda.

The post Dua lelaki didakwa pergi ke Syria sertai Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?