Dua pengembara Malaysia hilang di Gunung Damarvand, Iran

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN_AMANAH RAYA_FAREWELL

PUTRAJAYA, 24 Safar 1438H, Khamis – Kementerian Luar hari ini mengesahkan dua pengembara Malaysia hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak Ahad lepas.

Dua pegembara berkenaan disahkan sebagai Ramli Abdul Majid, 44, dan Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50.

Susulan itu, Kedutaan Malaysia di Tehran sedang mendapatkan maklumat dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat dua pengembara berkenaan.

“Kementerian ingin menekankan kepentingan warga Malaysia yang pergi atau tinggal di seberang laut supaya mendaftarkan diri dengan kedutaan atau pejabat konsul di negara itu terutamanya semasa keadaan kecemasan,” katanya.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga berkata, usaha mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan.

“Kementerian Luar berharap kedua-dua pendaki tersebut ditemui segera dalam keadaan yang selamat.

“Kementerian Luar juga ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa Iran dalam membantu operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pendaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

The post Dua pengembara Malaysia hilang di Gunung Damarvand, Iran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?