Erdogan dakwa Barat sokong Daesh, tentang Islam
ISLAMABAD, 18 Safar 1438H, Jumaat – Presiden Turki, Tayyip Erdogan mendakwa negara-negara Barat menyokong kumpulan militan Daesh berikutan senjata yang digunakan adalah buatan Barat.
Bercakap di Parlimen Pakistan semalam, beliau berkata, negaranya telah melancarkan serangan yang serius terhadap kumpulan yang mendakwa jihad itu.
“Kami serius dalam perjuangan kami menentang Daesh. Saya percaya kita perlu membangunkan kerjasama dalam memerangi kumpulan pengganas ini.
“Al-Qaeda dan rakan sekutunya, Daesh ialah jentera peperangan untuk menentang Islam.
“Ini kerana tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk membunuh orang yang tidak bersalah dalam agama Islam tetapi inilah yang mereka lakukan,” katanya lapor media antarabangsa.
Menjelang lawatannya, Pakistan telah mengarahkan 400 orang yang mempunyai kaitan dengan Pergerakan Gulen untuk meninggalkan negara ini.
Ini berikutan Turki mendakwa gerakan itu terbabit dalam kegagalan cubaan rampasan kuasa Julai lalu. – Agensi
The post Erdogan dakwa Barat sokong Daesh, tentang Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan