Felda dalam peringkat akhir muktamadkan syarikat laksana fasa kedua PGBF

dbpix-companies-felda-palm-oil-tmagarticle

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1438H, Rabu – Felda kini dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan syarikat yang bakal melaksanakan fasa kedua Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, projek yang melibatkan anggaran kos RM899 juta itu dijangka bermula awal tahun depan.

“Kita juga sedang dalam perbincangan dengan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mendapatkan pembiayaan kewangan kepada warga Felda kerana mereka ini tidak ada penyata gaji,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin ingin tahu status semasa projek pembangunan unit kediaman di bawah program PGBF.

Razali berkata, sejumlah 11,530 unit kediaman akan dibina melalui fasa kedua projek berkenaan yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif pendanaan swasta.

Pelaksanaan projek PGBF bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baharu Felda yang layak untuk memiliki rumah sesuai dengan kemampuan selain melaksanakan tanggungjawab sosial Felda kepada warga peneroka.

Dalam pembentangan Bajet 2013, diumumkan sebanyak 20,000 unit rumah di bawah projek PGBF akan dibina dalam tempoh lima tahun di tanah rancangan Felda. – Bernama

The post Felda dalam peringkat akhir muktamadkan syarikat laksana fasa kedua PGBF appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?