Gangguan bekalan air kembali pulih

sains

SEREMBAN, 14 Safar 1438H, Isnin – Gangguan bekalan air di Port Dickson dan Seremban kembali pulih setelah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Kuala Sawah beroperasi semula hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata, pencemaran bau yang berlaku di Sungai Linggi masih ada tetapi tidak pada paras kritikal.

“Walaupun loji sudah beroperasi, pencemaran bau masih ada. Namun, tidak seteruk semalam,” katanya.

Beliau berkata, sekitar kawasan sumber air mentah di Sungai Linggi kini dibawah pemantauan Sains bagi memastikan kualiti air capai parameter air minuman yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanapun, penutupan berjadual di LRA Sungai Linggi akan diteruskan seperti dalam notis yang dikeluarkan untuk kerja penyelenggaraan.

Penduduk boleh mengemukakan sebarang aduan dan pertanyaan di talian 1800886982 yang sentiasa beroperasi selama 24 jam.

The post Gangguan bekalan air kembali pulih appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?