Gempa: Banyak bangunan di Wellington mula dikosongkan

wellington

WELLINGTON, 16 Safar 1438H, Rabu – Semakin banyak bangunan di tengah bandar ini mula dikosongkan, selepas dua gempa bumi selang sehari menggegarkan Pulau Selatan, New Zealand, menunjukkan kesan ketara dan berisiko untuk didiami.

Apartment, bangunan pejabat, ibu pejabat tentera, kediaman agensi perisikan New Zealand dan sebuah perkampungan pesara di Khandallah, adalah antara yang terbaharu dikosongkan.

Siasatan awal kejuruteraan selepas gempa berukuran 7.5 magnitud Isnin lalu, mengesan struktur di kawasan menempatkan 40 apartment di Khandallah, rosak dan berbahaya untuk didiami.

Sehari kemudian, gempa bumi berukuran 6.2 magnitud sekali lagi melanda Pulau Selatan. Ia berlaku pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia) pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 120 kilometer ke timur laut Christchurch.

Jabatan bomba pula mengesahkan struktur beberapa bangunan apartment retak dan semua penduduk terpaksa dipindahkan.

Jumlah orang ramai yang berurusan di beberapa bangunan, termasuk Kedutaan Thailand, turut dihadkan. – Agensi

The post Gempa: Banyak bangunan di Wellington mula dikosongkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?