Guru Islam disuruh gantung diri dengan tudung kepala
ATLANTA, 14 Safar 1438H, Isnin – Seorang guru beragama Islam di sebuah sekolah di Georgia, Mairah Teli, mendakwa ada pihak yang meninggalkan sekeping nota tanpa nama bersifat Islamoforbia, di dalam kelasnya Jumaat lalu.
Beliau yang mengajar di Dacula High School di Gwinnett County, kemudian memuat naik nota berkenaan dalam laman Facebooknya.
Nota berkenaan menyatakan: “tudung sudah tidak dibenarkan lagi”, selain meminta beliau mengikat tudung pada leher dan menggantung diri.
Mairah percaya nota itu ditulis diilhamkan daripada kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, baru-baru ini.
“Saya rasa kanak-kanak rasa selamat memberi komen berunsur rasis atau seksis kerana dia (Trump),” kata Mairah kepada Atlanta Journal-Constitution.
Jurucakap Gwinnett County Schools memberitahu pihak berkuasa sedang menyiasat siapa yang menulis nota itu. – Agensi
The post Guru Islam disuruh gantung diri dengan tudung kepala appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan